07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah mengadakan lawatan industri ke NSF Engineering Sdn. Bhd. pada 13 Mac 2026, melibatkan tenaga pengajar Bahagian Kimpalan, pegawai CESS serta pelajar kursus Kimpalan (VISTA).

Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi terkini dalam bidang kimpalan, khususnya penggunaan robot welding yang semakin meluas digunakan dalam industri pembuatan moden. Para pelajar berpeluang melihat secara dekat proses kimpalan automatik menggunakan robot serta memahami keperluan kemahiran yang diperlukan oleh industri masa kini.

Selain sesi penerangan dan lawatan ke fasiliti syarikat, pihak NSF Engineering Sdn. Bhd. turut mengadakan sesi temuduga bagi jawatan pengimpal kepada pelajar kursus Kimpalan (VISTA) sebagai peluang kerjaya selepas tamat latihan.

Semoga lawatan ini dapat meningkatkan pengetahuan teknikal pelajar serta membuka peluang kerjaya dalam industri kimpalan yang semakin berkembang.

Skip to content