07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pada 11 Mac 2026, satu sesi lawatan industri telah diadakan ke Sem Matic Sdn Bhd oleh pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Delegasi ADTEC diwakili oleh Penolong Pengarah CESS, Pn. Norina Bt Andang bersama pegawai CESS. Turut hadir wakil dari Johor Talent Development Council yang diketuai oleh Timbalan Ketua Penyelaras, Shamsul Nizam Abdul Rahman bersama pasukan JTDC.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh wakil Bahagian Sumber Manusia Pn. Nurul Syazwana. Sesi perbincangan tertumpu kepada peluang penempatan pekerjaan pelajar ADTEC serta potensi kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi latihan TVET, khususnya dalam menyediakan laluan kerjaya kepada pelajar selepas tamat latihan.

Semoga hubungan kerjasama ini dapat terus diperkukuhkan dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri.

Skip to content