Delegasi Innoaxis Technologies Sdn. Bhd., diketuai oleh Pengarah Operasi bersama Pengurus Sumber Manusia, telah mengadakan kunjungan hormat ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 29 Januari 2026.
Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama pegawai CESS. Turut hadir wakil daripada PERKESO dan Johor Talent Development Council (JTDC).
Delegasi turut dibawa melawat fasiliti latihan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang bagi melihat secara dekat kemudahan serta keupayaan latihan yang disediakan. Sesi perbincangan memberi fokus kepada peluang penempatan pekerjaan kepada pelajar-pelajar ADTEC, selain meneroka potensi kolaborasi latihan dan kerjasama industri, termasuk penglibatan syarikat berteraskan teknologi yang mempunyai jaringan antarabangsa termasuk Taiwan.
Kerjasama strategik ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET selaras dengan keperluan industri global.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Innoaxis Technologies Sdn. Bhd. atas kesudian berkunjung dan menjalin perbincangan strategik bersama ADTEC JTM.
