PASIR GUDANG, 16 DISEMBER 2025 | Lawatan Industri dan Sesi Temuduga telah diadakan bersama IKD (Malaysia) SDN BHD melibatkan pelajar daripada kursus Teknologi Pembuatan Pemesinan dan Teknologi Minyak & Gas (Mekanikal).
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai persekitaran sebenar industri, keperluan kemahiran yang diperlukan serta membuka peluang penempatan latihan industri dan kerjaya selepas tamat pengajian.
Sepanjang lawatan ini, para pelajar diberi taklimat berkaitan profil syarikat, skop operasi, peluang kerjaya serta keperluan kompetensi teknikal yang dikehendaki oleh pihak industri. Sesi temuduga turut dijalankan bagi menilai tahap kesediaan, kemahiran serta potensi pelajar untuk diserapkan ke dalam industri.
Program seumpama ini amat bermanfaat dalam merapatkan hubungan antara institusi latihan dan pihak industri, di samping meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak IKD (MALAYSIA) SDN BHD atas kerjasama, komitmen serta kesudian menerima kunjungan dan meluangkan masa bersama para pelajar. Diharapkan kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
