ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menerima lawatan daripada Innoaxis Technologies Sdn. Bhd. pada 26 Januari 2026 bagi melaksanakan sesi temuduga pelajar VISTA jurusan kimpalan seramai 13 orang pelajar.
Sesi ini bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada pelajar lepasan latihan kemahiran dalam bidang kimpalan untuk berkhidmat bersama Innoaxis Technologies Sdn. Bhd.
Lawatan dan sesi temuduga ini telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai serta pengajar kimpalan VISTA.
ADTEC JTM sentiasa komited memperkukuh kolaborasi bersama industri bagi memastikan kebolehpasaran graduan serta penempatan pekerjaan yang berkualiti untuk pelajar TVET.
