10 Ogos 2025-Penolong Pengarah Unit CESS, Pn Norina Bt Andang, bersama Pegawai CESS dan Ketua Bahagian TPM ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah mengadakan lawatan ke EPG Data Centre Module, Nusa Jaya.
Delegasi telah disambut oleh Pengurus Besar, Mr Beh, bersama pegawai kanan syarikat. Perbincangan tertumpu kepada penempatan pekerjaan pelajar ADTEC di EPG serta kerjasama dalam bidang kemahiran bagi memperkukuh hubungan industri dan pendidikan.
