ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan lawatan ke Syarikat Erca Wilmar Cosmetic Ingredients Sdn. Bhd. bagi pelaksanaan program Penilaian Impak Sosial pada 9 Februari 2026.
Pihak ADTEC telah diwakili oleh Pegawai CESS, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab, dan lawatan ini telah disambut mesra oleh Pengurus Kilang, En. Law Teik Yin.
Program ini bertujuan menilai keberkesanan kolaborasi industri serta impak kepada pembangunan pelajar TVET, khususnya dalam aspek kebolehpasaran graduan, latihan industri dan kerjasama strategik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Erca Wilmar Cosmetic Ingredients Sdn. Bhd. atas jemputan dan kerjasama yang amat baik dalam memperkukuh hubungan industri bersama ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.
Semoga jalinan ini terus memberi manfaat kepada pembangunan modal insan negara.
