7 Mei 2026, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan lawatan kerja yang amat bermakna daripada pasukan CIDB dan PETRONAS. Delegasi lawatan yang diketuai oleh En. Zaimi Ahmad (Petronas) turut disertai oleh barisan pengurusan dari Bahagian Latihan & Akreditasi CIDB, iaitu:
- Ts. Emasria binti Ismail (Pengurus Besar)
- Cik Nurul Hayati binti Khalil (Pengurus Kanan)
- Ts. Shahreen binti Ghazali (Pengurus Kanan)
- En. Muhammad Nazmi bin Zakaria (Pengurus)
Turut serta dalam lawatan ini adalah wakil daripada IKBN Bandar Penawar. Ketibaan para pelawat telah disambut oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Eza bt Monzaid, bersama Penolong Pengarah CESS, Penolong Pengarah BKKL, serta Ketua Bahagian Kimpalan & FSL.
Sesi lawatan ini memfokuskan kepada taklimat pelaksanaan integrasi Penilaian Kompetensi Kemahiran bagi program VISTA i-plus, diikuti dengan lawatan tapak ke bengkel program VISTA 6G Welding dan Pipe Fitter.
Semoga kolaborasi antara institusi latihan dan industri ini terus memacu kecemerlangan graduan TVET negara.
