ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah diwakili oleh Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab bersama Pengarah Urusan Shaziman Transport Sdn. Bhd., En. Ginderpal Singh, dalam lawatan ke pejabat Johor Talent Development Council (JTDC) di Menara IIB, Iskandar Puteri pada 10 Februari 2026.
Delegasi telah disambut oleh En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Penyelaras JTDC.
Lawatan ini bertujuan membincangkan potensi kolaborasi strategik antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Shaziman Transport Sdn. Bhd. dan JTDC dalam usaha membangunkan tenaga kerja mahir tempatan yang memenuhi kehendak industri serta berpeluang menikmati tawaran gaji premium.
Perbincangan ini menjadi platform penting dalam memperkukuh sinergi antara institusi latihan, industri dan agensi pembangunan bakat negeri bagi memastikan ekosistem TVET terus relevan, berdaya saing dan memberi impak tinggi kepada pembangunan ekonomi Johor.
Semoga kolaborasi ini membuka lebih banyak peluang kerjaya berkualiti tinggi kepada para pelajar dan graduan.
