07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Iskandar Puteri, 30 April 2026 – Satu lawatan kolaborasi strategik telah diadakan ke Sankyu Technical Academy, Iskandar Puteri yang melibatkan seramai 35 wakil daripada 14 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta institusi TVET di Johor bersama Johor Talent Development Council (JTDC).

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Tn. Hj. Zuraidy bin Kadir serta Penolong Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat, Pn. Norina binti Andang.

Sankyu Technical Academy merupakan sebuah pusat latihan teknikal dan pembangunan bakat milik syarikat Jepun yang berperanan sebagai hab latihan industri bertaraf global. Akademi ini mengintegrasikan kepakaran teknikal, pemindahan teknologi serta pembangunan kompetensi tenaga kerja secara sistematik dan berimpak tinggi, di samping menyediakan platform peningkatan kemahiran kepada pekerja industri dan bakal tenaga kerja.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pendekatan latihan serta penggunaan teknologi terkini dalam pembangunan kemahiran teknikal. Ia juga membuka ruang kepada peserta untuk menilai serta merangka cadangan kolaborasi strategik yang bersesuaian berdasarkan pemerhatian sepanjang lawatan.

Sepanjang program, para peserta telah diberikan taklimat pengenalan akademi yang merangkumi struktur latihan, pendekatan pembelajaran serta keupayaan fasiliti. Selain itu, lawatan ke makmal dan bengkel latihan turut diadakan bagi memberi gambaran secara langsung terhadap penggunaan peralatan dan teknologi semasa dalam pelaksanaan latihan kemahiran.

Sebagai hasil daripada lawatan ini, satu kertas cadangan kolaborasi akan disediakan dan dikemukakan kepada Johor Talent Development Council untuk pertimbangan lanjut. Cadangan tersebut dijangka memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam pembangunan latihan kemahiran yang lebih sejajar dengan keperluan industri semasa.

Inisiatif seperti ini diharap dapat memperkukuh sinergi antara institusi pendidikan dan sektor industri dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran pekerjaan masa kini.

Skip to content