Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai turut menghadiri lawatan muhibbah bersama Johor Talent Development Council (JTDC) dan KHAL Engineering ke Johor Skills Development Centre (JSkills) pada 18 Disember 2025.
Lawatan ini telah diadakan bagi mengadakan pertemuan bersama Pengarah JSkills, dengan fokus perbincangan menjurus kepada kerjasama latihan, pengukuhan ekosistem TVET, serta inisiatif bersama dalam pembangunan belia Johor yang berkemahiran dan berdaya saing.
Usaha kolaboratif ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang latihan berkualiti serta menyokong keperluan industri negeri Johor secara mampan.
