07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima kunjungan Lawatan Muhibbah daripada pihak GME CARBON Sdn. Bhd. pada 13 April 2026 yang diketuai oleh Pengurus, Dr. Cherry Wei bersama delegasi.

Kehadiran delegasi telah disambut oleh Pegawai CESS, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab. Lawatan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif berkaitan potensi kolaborasi strategik antara pihak ADTEC Pasir Gudang dan industri, khususnya dalam aspek pembangunan kemahiran serta peluang penempatan pelajar dengan penglibatan rakan strategik, Johor Talent Development Council (JTDC).

Diharapkan hubungan yang terjalin ini dapat diperkukuhkan bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri semasa.

Skip to content