07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Lawatan muhibbah daripada Syarikat Tianma Precision Sdn Bhd pada 15 April 2026 yang bakal beroperasi di Tanjung Langsat, Pasir Gudang. Kunjungan hormat oleh Senior Advisor, Mr. KD Kee ke ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah disambut mesra oleh Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Lawatan ini membuka ruang perbincangan strategik antara pihak industri dan institusi, khususnya dalam aspek penempatan pekerjaan pelajar serta potensi kerjasama latihan kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa.

Delegasi turut dibawa melawat bengkel-bengkel serta fasiliti latihan di ADTEC bagi melihat sendiri keupayaan dan kemudahan yang tersedia dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada peluang kerjaya yang lebih luas buat para pelajar serta memperkukuh hubungan antara industri dan institusi latihan.

Skip to content