07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah menerima kunjungan hormat dan lawatan muhibbah pada 25 Mei 2026 daripada delegasi antarabangsa Chongqing Vocational College yang diketuai oleh Ms. Yvonne bersama delegasi, serta wakil industri daripada Lianhetech (M) Sdn. Bhd yang diketuai oleh Puan Fiza (HR) dan Ms. Siew.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah wakil PERKESO, En. Adam, serta wakil Johor Talent Development Council (JTDC), En. Shamsul Nizam. Delegasi telah disambut mesra oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama barisan pengurusan dan pegawai institusi.

Sepanjang lawatan, para delegasi berpeluang meninjau kemudahan latihan, bengkel serta fasiliti terkini yang terdapat di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Sesi lawatan ini turut memberi pendedahan mengenai program-program TVET yang ditawarkan, teknologi latihan terkini serta inisiatif pembangunan modal insan yang dilaksanakan bagi memenuhi keperluan industri semasa.

Satu sesi perbincangan strategik turut diadakan bagi meneroka potensi kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, institusi pendidikan dari China, pihak industri serta agensi berkaitan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk pembangunan bakat, latihan kemahiran, penempatan pekerjaan, pertukaran kepakaran teknikal dan peluang kolaborasi antarabangsa yang mampu memberi manfaat kepada pelajar serta industri.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua delegasi yang hadir. Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berimpak tinggi dalam memperkasakan pembangunan TVET serta modal insan di peringkat antarabangsa.

Skip to content