ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan muhibbah daripada Syarikat MBL ProAuto Sdn Bhd (PROTON) pada 8 Mei 2026. Delegasi syarikat diketuai oleh Puan Nadia Sarah, HR Manager bersama En. Muhamad Amirul Ashraf, Eksekutif Pentadbiran.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Sesi perbincangan memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak yang melibatkan:
✅ Penempatan latihan industri pelajar
✅ Peluang penempatan pekerjaan graduan
✅ Program latihan kemahiran khas mengikut keperluan industri
Semoga jalinan kerjasama ini dapat memperkukuhkan hubungan industri dan institusi TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan memenuhi kehendak industri negara.
