07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Lawatan muhibbah ke syarikat CP System Integrator Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan jayanya pada 6 April 2026 dan disambut mesra oleh Pengurus Sumber Manusia, Ms. Isabelle Chia.

Delegasi terdiri daripada Timbalan Ketua Penyelaras JTDC, En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman bersama Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Tc. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab.

Perbincangan tertumpu kepada peluang kerjasama strategik antara pihak industri dan pihak JTDC serta institusi latihan dalam usaha memperkukuh laluan kerjaya pelajar dan belia Johor khususnya dalam aspek penempatan pekerjaan dan kebolehpasaran graduan.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa demi melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri semasa.

Skip to content