Satu lawatan muhibbah telah diadakan ke Syarikat Dynac Sdn Bhd pada 10 April 2026 bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara pihak industri, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai serta Johor Talent Development Council (JTDC).
Perbincangan memberi tumpuan kepada peluang penempatan pelajar bagi latihan industri serta kebolehpasaran pekerjaan khususnya kepada pelajar-pelajar daripada Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Dalam sesi tersebut, pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai yang diwakili oleh Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab turut berkongsi inisiatif dalam membantu pihak industri melalui program peningkatan kemahiran (upskilling) menggunakan dana Skill for Johor.
Diharapkan kerjasama erat antara pihak industri dan institusi latihan ini dapat terus diperkukuhkan dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri semasa.
