Alhamdulillah, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menerima lawatan muhibbah daripada pihak Tabung Haji Pasir Gudang yang diketuai oleh En. Muhammad Hafiz bin Zulkifli, Pengurus Besar Tabung Haji Pasir Gudang, bersama dua orang pegawai pengiring pada 29 Ogos 2025.
Kehadiran delegasi Tabung Haji telah disambut mesra oleh wakil ADTEC iaitu:
-Ts. Eza Binti Monzaid, Timbalan Pengarah Latihan, Tn. Hj. Noorazam Bin Yaakob, Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan, Pn. Norina Binti Andang, Penolong Pengarah CESS
Antara skop perbincangan utama ialah:
-Sumbangan kebajikan – Tabung Haji akan menyalurkan bantuan berbentuk wang ringgit kepada 150 orang pelajar asnaf ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
-Kerjasama ilmu & pembangunan insan – Tabung Haji menawarkan khidmat penceramah untuk kursus haji serta sesi taklimat kerjaya, khususnya peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar TVET dalam sektor berkaitan Tabung Haji.
-Khidmat kaunter Tabung Haji – Cadangan pembukaan kaunter khas di ADTEC untuk memudahkan urusan pembukaan akaun Tabung Haji dalam kalangan warga ADTEC. Sokongan fasiliti & tenaga kerja – ADTEC menawarkan fasiliti kampus serta kesediaan menyediakan tenaga kerja bagi membantu Tabung Haji dalam melaksanakan program-program komuniti.
Dalam pertemuan ini, pihak Tabung Haji turut melahirkan rasa keterujaan untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan ADTEC Pasir Gudang. Mereka memuji kelancaran program yang pernah dianjurkan sebelum ini, serta menzahirkan penghargaan atas disiplin tinggi dan adab para pelajar ADTEC dalam menyambut kehadiran tetamu luar.
Pihak ADTEC JTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tabung Haji atas keprihatinan, sokongan, dan keyakinan yang diberikan. Semoga jalinan sinergi ini berterusan demi kesejahteraan ummah dan pembangunan modal insan TVET.
