Pada 28 Ogos 2025 pihak ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima kunjungan guru-guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaaan Kangkar Pulai. Lawatan yang diketuai oleh Tuan Pengetua, En Aziz bin Musa bersama En Mohd Fathi bin Adnan Guru PK Kokurikulum serta 5 orang guru-guru kanan telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai dari unit korporat, Pn Norina binti Andang dan Tc Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab.
Dalam sesi pertemuan ini. telah dibincangkan program-program kerjasama antara kedua-dua belah pihak dalam pembangunan TVET bagi pelajar lepasan SPM sekolah tersebut. Beberapa aktiviti telah dirangka dalam memupuk serta memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tersebut bagi menceburi bidang TVET.
Guru-guru ini juga telah dibawa melawat ke Bengkel Rekabentuk Produk Industri dan Bengkel Elektronik Industri. Mereka juga berpeluang melihat proses penghasilan bot yang sedang dijalankan di Bengkel Rekabentuk Produk Industri.
Semoga dengan pertemuan ini menjadi titik mula kepada program-program bersama antara kedua-dua belah pihak dalam memperkenalkan serta memupuk minat kepada pelajar-pelajar mereka untuk menceburi bidang TVET.
