Pasir Gudang | 22 Januari 2026, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima Lawatan Penanda Aras COPTPA daripada Kolej Vokasional Tanjung Puteri, yang diketuai oleh Puan Latifah binti Mamat, Ketua Program Teknologi Kimpalan, bersama 11 orang pensyarah Program Teknologi Kimpalan dan Pengurusan Kolej Vokasional.
Rombongan lawatan telah dialu-alukan oleh Ts. Dr. Dayangku Suraya Binti Awang Jafar, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti dan Latihan, bersama barisan pengajar Bengkel Teknologi Kimpalan Arka dan Gas.
Lawatan ini memberi peluang kepada pihak KV Tanjung Puteri untuk meninjau secara langsung fasiliti latihan Bengkel Teknologi Kimpalan bagi pelaksanaan Program COPTPA Bidang Kimpalan di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang. Turut dikongsikan ialah inisiatif JTM-KUMAI Welding Academy, Program Vista i-Plus bersama Petronas, serta perkongsian proses dan persediaan pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Lawatan ini diharapkan dapat mengukuhkan kerjasama strategik, perkongsian kepakaran dan penambahbaikan kualiti latihan TVET khususnya dalam bidang Teknologi Kimpalan.
