Seramai 12 orang staf ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Latihan, Ts. Eza binti Monzaid dan Timbalan Pengarah Operasi, Tn. Hj. Zuraidy bin Kadir telah mengadakan lawatan penandaarasan ke PROTON Institute pada 22 Januari 2026. Lawatan ini melibatkan beberapa fasiliti dan bengkel antaranya Bengkel Teknologi Pembuatan (Perkakasan–Dai), Teknologi Automotif Servis, Teknologi Telekomunikasi, Teknologi Komputer (Sistem) dan Teknologi Mekatronik, selain auditorium serta asrama pelajar. Terima kasih kepada pihak PROTON Institute atas layanan mesra dan perkongsian ilmu yang sangat bermakna.
