Lawatan pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai bersama Johor Talent Development Council (JTDC) pada 16 Oktober 2025 ke EPG Data Centre Module, sebuah syarikat yang terlibat dalam pembuatan modul untuk pusat data (data centre) bertaraf antarabangsa.
Perbincangan tertumpu kepada peluang penempatan kerja untuk pelajar TVET serta potensi gaji premium Johor bagi graduan kemahiran yang menepati keperluan industri semasa.
Lawatan ini turut membuka ruang kepada kerjasama strategik antara pihak industri dan institusi latihan dalam melahirkan tenaga mahir tempatan yang berdaya saing tinggi.
