12 Ogos 2025-Lawatan rasmi ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai yang diketuai oleh Pengarah, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama Timbalan Pengarah Operasi, Hj Zuraidy bin Kadir, serta pegawai-pegawai ADTEC ke Pejabat Urusan Lebuhraya E22 Senai–Desaru.
Delegasi telah disambut oleh CEO, Mohamed Yasrib bin Mohamed Shariff bersama Pengurus Besar, Tuan Syed Fairuz. Perbincangan meliputi program kerjasama Kursus Jangka Pendek berkaitan EV serta program Ambang Merdeka.
Delegasi turut menerima jemputan untuk mengadakan lawatan khas ke Jambatan E22 Senai–Desaru sebagai sebahagian daripada inisiatif kerjasama strategik.
