07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menerima kunjungan daripada Mdm Yvonne Zhong dari Chongqing Vocational College of Information Technology pada 7 April 2026.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Penyelaras JTDC, En Hilmy Bin Hj Hussain bersama pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Tc. Megat Mohamad Faizar Bin Abdul Wahab.

Sesi perbincangan telah diadakan bagi meneroka potensi kerjasama dalam bidang latihan kemahiran, termasuk pertukaran kepakaran, pembangunan program serta peluang kolaborasi antarabangsa dalam memperkasa pendidikan TVET.

Lawatan ini diharapkan dapat membuka ruang kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di peringkat global.

Skip to content