07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan lawatan rasmi ke Innovalues Precision Sdn Bhd, Pasir Gudang pada 4 Mac 2026 bagi membincangkan kolaborasi strategik dalam aspek penempatan pekerjaan graduan.

Delegasi ADTEC telah diwakili oleh Pegawai CESS, Tc. Megat Mohamad Faizar B. Abdul Wahab, manakala pihak JTDC diwakili oleh Timbalan Ketua Penyelaras JTDC, En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman.

Lawatan ini telah disambut baik oleh HR Manager, Ms. Chew, yang turut bersama dalam sesi perbincangan bersama pihak ADTEC dan JTDC. Antara fokus utama perbincangan adalah:
✅ Peluang penempatan pekerjaan untuk graduan ADTEC
✅ Tawaran kerjaya dengan pakej gaji premium
✅ Kerjasama strategik jangka panjang antara institusi latihan dan pihak industri
✅ Keperluan tenaga mahir berkemahiran tinggi dalam sektor pembuatan precision

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan ADTEC dan JTDC dalam memastikan graduan TVET mendapat peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi selaras dengan keperluan industri semasa.

Semoga kerjasama ini membuka lebih banyak peluang kerjaya premium kepada anak-anak Johor khususnya lepasan ADTEC.

Skip to content