07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan ADTEC JTM Kampus Senai telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Naziran Sesi 1/2026 yang melibatkan seramai 5 orang Pegawai Naziran daripada Pasukan Naziran ADTEC JTM Kampus Mersing, diketuai oleh Ts. Huzaifah binti Hasan.

Mesyuarat pembukaan lawatan verifikasi telah diadakan pada 27 Januari 2026 dan dipengerusikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus. Lawatan verifikasi ini telah berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Januari 2026.

Sepanjang lawatan ini, verifikasi telah dilaksanakan melibatkan:
• 9 kumpulan pelajar bagi lawatan verifikasi kali pertama
• 10 kumpulan pelajar bagi lawatan verifikasi kali terakhir
• 4 kumpulan pelajar bagi verifikasi tahap terendah dan semakan portfolio
• 1 kumpulan pelajar bagi pengesahan PPL Latihan Industri

Lawatan ini bertujuan memastikan pelaksanaan latihan, penilaian dan dokumentasi program berjalan selaras dengan standard yang ditetapkan, di samping memperkukuh kualiti penyampaian latihan TVET di ADTEC JTM.
Mesyuarat penutup lawatan naziran diadakan pada 29 Januari 2026 dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengurusan Latihan, Ts. Eza Binti Monzaid. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pasukan Naziran atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.

Skip to content