07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) telah berjaya dilaksanakan bagi memastikan pematuhan kepada garis panduan serta standard yang ditetapkan dalam Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Kampus Senai. Lawatan ini telah berlangsung selama empat hari, bermula pada 15 hingga 18 Disember 2025.

Seramai lapan orang Pegawai Pengesah Luaran (PPL) telah dilantik untuk menjalankan sesi verifikasi yang melibatkan peperiksaan teori, peperiksaan amali serta pemeriksaan portfolio pelajar semester akhir.

Mesyuarat Pembukaan Lawatan Verifikasi PPL telah diadakan pada 15 Disember 2025 dan dipengerusikan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Ts. Dr. Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, selaku Pengurus Pusat Bertauliah.

Sepanjang lawatan ini, pelaksanaan peperiksaan teori dan amali serta proses pemeriksaan portfolio telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama padu semua personel Pusat Bertauliah, termasuk Pegawai Pengesah Dalaman, Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar yang dilantik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan profesionalisme yang ditunjukkan sepanjang lawatan verifikasi ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar semester akhir yang telah berjaya menjalani peperiksaan akhir dengan cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan berterusan dalam bidang kemahiran dan profesionalisme.

Skip to content