07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Rabu, 21 Januari 2026, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menerima lawatan teknikal audit daripada pihak VISTA (TVET Learning Solutions) bagi pelaksanaan audit teknikal untuk program Advance 6G Welding dan Advance Pipe Fitter. Lawatan ini bertujuan untuk menilai kemudahan, peralatan, pelaksanaan pengajaran serta pematuhan standard latihan bagi memastikan kualiti program TVET yang ditawarkan berada pada tahap terbaik dan memenuhi keperluan industri.

Wakil VISTA yang hadir:
1.Pn. Hashimah Hashim
Executive, TVET Learning Solutions
Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)
2.En. Wan Ahmad Abqari Wan Rosli
VISTA Technician, TVET Learning Solutions
Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)

Pengauditan dimulakan dengan mesyuarat Pembukaan oleh Timbalan Pengarah Latihan Ts Eza Binti Monzaid dan sesi ucapan alu-aluan serta pembentangan ringkas pihak audit. Seterusnya lawatan audit ke bengkel bagi pelaksanaan audit. Perbincangan teknikal dan cadangan penambahbaikan program turut dilaksanakan. Pihak Auditor memberikan gambaran positif terhadap tahap pengurusan latihan, kemudahan dan pematuhan.

Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak VISTA atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam usaha memperkukuhkan kualiti latihan TVET demi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Skip to content