13 Februari 2026 | Pasir Gudang : Telah berlangsung dengan jayanya Program Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Istisqa yang melibatkan penyertaan seluruh warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.
Program ini diadakan sebagai usaha memohon rahmat, keberkatan serta memohon diturunkan hujan daripada Allah SWT, di samping memupuk penghayatan kerohanian dalam kalangan warga kampus. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil, diikuti dengan pelaksanaan Solat Sunat Istisqa serta doa munajat memohon keampunan dan kesejahteraan.
Majlis ini telah dipimpin oleh Ustaz Mohamad Ariff Afdlin bin Faizan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, TS Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, bersama barisan pengurusan, pegawai, kakitangan serta para pelajar. Program ini merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Surau Al Mawaddah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuhkan nilai kerohanian, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebergantungan kepada Allah SWT dalam setiap urusan kehidupan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga ADTEC.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT serta menjadi asbab kepada kesejahteraan semua.
