07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menerima jemputan daripada PETRONAS Berhad Selatan bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Program PETRONAS Memacu Kehidupan Aidilfitri 2026 yang berlangsung di Hyatt Place Johor Bahru, Paradigm Mall pada 9 Mac 2026.

ADTEC telah diwakili oleh Pegawai CESS, Tc. Megat Mohamad Faizar bin Abdul Wahab. Kehadiran wakil ADTEC telah disambut oleh Pengurus Kanan Stakeholder Relation PETRONAS, Encik M. Khairuddin Suradi.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah CEO Pengerang Refining & Petrochemical (PRPC), Datuk Md Shah Mahmood bersama para jemputan lain.

Program ini merupakan inisiatif PETRONAS dalam menyantuni masyarakat serta berkongsi keberkatan Ramadan melalui program kebajikan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan menjelang Aidilfitri.

Semoga hubungan kerjasama antara industri dan institusi TVET seperti ADTEC terus diperkukuhkan demi pembangunan modal insan negara.

Skip to content