ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah dijemput menghadiri Majlis Jalinan Silaturahim JSKILL 2026 pada 22 April 2026 sebagai tanda pengukuhan hubungan strategik bersama rakan industri dan institusi latihan kemahiran.
Delegasi ADTEC diketuai oleh:
🔹 Ts. Dr. Hj. Azli Amin Bin Ahmad Raus – Pengarah
🔹 Hj. Zuraidy Bin Kadir – Timbalan Pengarah Operasi
🔹 Pn. Norina Bt. Andang – Penolong Pengarah CESS
Kehadiran delegasi ADTEC telah disambut mesra oleh:
🔹 Dr. Mohamad Anas Bin Mohamad Anuar – Pengurus Besar
Majlis ini menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta membuka ruang kerjasama yang lebih luas dalam memperkasa pembangunan TVET dan kebolehpasaran graduan. Semoga jalinan ini terus kukuh demi masa depan tenaga mahir negara.
