Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, Azli Amin Ahmad Raus telah dijemput menghadiri Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Jamaie yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 pada 13 Mac 2026.
Majlis ini diadakan bersempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya menamatkan bacaan Al-Quran serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah, agensi dan komuniti setempat.
Kehadiran wakil daripada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai turut mencerminkan sokongan terhadap program-program pembangunan sahsiah dan kerohanian dalam kalangan pelajar, selari dengan usaha melahirkan generasi yang seimbang dari segi ilmu, kemahiran dan nilai murni.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform yang mengukuhkan ukhuwah serta menyemai nilai-nilai Islam dalam kalangan masyarakat.
