07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah memulakan pelaksanaan Program PRO-MAHIR bagi tahun 2026 pada 18 Mei 2026 melibatkan dua bidang latihan berimpak tinggi iaitu:
🔹 Blasting & Painting Operator
🔹 Automotif (Servis Selepas Jualan)

Majlis pembukaan program telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai. Seramai 40 orang peserta telah terpilih mengikuti program ini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar tahfiz, belia rentan serta belia Orang Asli di negeri Johor.

Program ini dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama Johor Talent Development Council (JTDC) di bawah inisiatif Strategik Modal Insan Johor dengan konsep “Latih dan Kerja”, memberi fokus kepada pembangunan kemahiran teknikal, pembentukan jati diri profesional serta peningkatan kebolehpasaran belia Johor.

Sebagai komitmen memastikan peserta mendapat laluan kerjaya yang jelas, di akhir tempoh latihan pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai akan membantu proses penempatan pekerjaan dengan menjemput syarikat-syarikat industri hadir ke kampus bagi menjalankan sesi taklimat kerjaya, temu duga terbuka dan proses pengambilan pekerja secara terus kepada peserta program.

Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem TVET negeri Johor dalam melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten dan memenuhi keperluan industri semasa.

Skip to content