07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Senai, 3 Mei 2026 – Majlis Penutup dan Penyerahan Sijil bagi Kursus Automotive Hybrid & EV Technology telah berlangsung dengan jayanya pada jam 10.00 pagi di ADTEC JTM Kampus Senai anjuran bersama Autonest Sdn. Bhd. dan Guangzhou Huahui New Energy Vehicle Technology Co. Ltd.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ts. Eza binti Monzaid, Timbalan Pengarah Latihan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mei 2026 ini merupakan hasil usahasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama Syarikat Autonest Sdn. Bhd. dan tenaga pengajar dari Guangzhou Huahui New Energy Vehicle Technology Co. Ltd., Guangzhou, China.

Seramai 43 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pengusaha bengkel automotif dari pelbagai negeri termasuk Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka serta Singapura.

Kursus ini memberi penekanan kepada kaedah penyelenggaraan dan diagnosis kenderaan hibrid serta elektrik (EV) yang merangkumi aspek keselamatan, sistem voltan tinggi, serta teknik penyelenggaraan terkini selaras dengan keperluan industri automotif masa kini. Penyertaan pengusaha bengkel automotif ini turut memberi nilai tambah dalam meningkatkan kompetensi, di samping memperluas skop perkhidmatan bengkel masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi kenderaan moden.

Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu Encik Hua Lei, Jurulatih utama daripada Syarikat Guangzhou Huahui New Energy Vehicle Technology Co., Ltd., Guangzhou, China serta Encik Poon, Jurulatih dari Poon Electronic Training Center, Perak yang berkongsi kepakaran dan pengalaman industri bersama para peserta.

Pihak ADTEC JTM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik David Bong, Pengarah Urusan Autonest Sdn. Bhd. atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program usahasama ini.

Diharapkan pelaksanaan program ini dapat terus menyumbang kepada usaha melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang automotif yang bukan sahaja kompeten, malah seiring dengan perkembangan teknologi terkini serta memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Skip to content