Pasir Gudang, 10 April 2026 – Satu sesi perbincangan ringkas telah diadakan antara ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang bagi menjalin kerjasama strategik dalam menjayakan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.
Perbincangan ini diketuai oleh Ts Wan Zainah binti Wan Ismail selaku Pengerusi KIK Kampus dan disertai oleh TPgB II Firdaus bin Ahmad,
PBK I Mohd Haizrul bin Rahmad, PB Mohd Faez bin Rahmat, PB Mohd Adill bin Hanapi, dan PB Mohd Arif bin Rusdan sebagai wakil rasmi dari Balai Bomba Pasir Gudang. Kolaborasi ini diharap dapat menggabungkan kepakaran dan perkongsian idea daripada kedua-dua pihak, seterusnya memberi impak positif ke arah mencapai kejayaan dalam program yang dirancang.
Selain itu, kerjasama ini juga diyakini mampu memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan agensi keselamatan dalam usaha menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, yang menyatakan komitmen penuh terhadap inisiatif kerjasama ini.
