07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 9 Februari 2026: Barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah mengadakan Sesi Dialog Bersama Pengarah secara hibrid, bertempat di Bilik Mesyuarat Kampus Pasir Gudang dan Huawei Smart Classroom Kampus Senai.

Sesi dialog ini dihadiri oleh Ts. Dr. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai, bersama Timbalan Pengarah Latihan dan Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), serta Kaunselor. Dalam sesi tersebut, YBrs. Tuan Pengarah menekankan bahawa MPP perlu mendahului segala perkara, memanfaatkan potensi ke hadapan, serta merancang dan melaksanakan program yang memberi impak kepada pelajar dan masyarakat. Beliau menyeru agar para exco MPP menjadi pemimpin yang proaktif, berinovasi, dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelajar.

Sesi dialog ini memberikan peluang kepada barisan kepimpinan pelajar untuk menyuarakan pandangan, cadangan, dan keperluan mereka secara langsung kepada pihak pengurusan kampus. Perbincangan merangkumi strategi peningkatan kebajikan pelajar, penyelarasan aktiviti kampus, serta cabaran dan peluang pembangunan pelajar. Aktiviti sebegini juga menyemai budaya kepimpinan dan tanggungjawab di kalangan exco MPP, sejajar dengan misi ADTEC JTM untuk membina pelajar yang holistik dan berdaya saing.

Sesi dialog ini memberi peluang yang berharga untuk memperkukuh hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan, sambil memupuk pemahaman bersama, perkongsian idea, dan perancangan program yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti kampus.

Skip to content