Pada 27 September 2025, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah dijemput ke Majlis Penghargaan Rakan Strategik yang diwakili oleh Ts. Eza binti Monzaid, Timbalan Pengarah Latihan serta telah dijemput sebagai pempamer dalam program Merians Festival di SMK Taman Megah Ria. Kehadiran ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang memberi peluang untuk memperkenalkan kursus-kursus yang dijalankan di kampus init, sekaligus membuka ruang kepada masyarakat mendapatkan pendedahan menyeluruh mengenai laluan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET). Usaha ini sejajar dengan misi memperkasa belia dalam bidang kemahiran dan kerjaya masa hadapan.
Antara rakan strategik lain yang turut serta sebagai pempamer ialah UniKL, Pusat Latihan Memandu Permas Jaya, serta CelcomDigi. Program ini turut mendapat perhatian dan dirasmikan oleh Encik Ali Asyraf Bin Mohamed selaku Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Lebih 270 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 dari sekolah menengah ini yang mendapat pendedahan langsung mengenai peluang kerjaya dalam bidang TVET yang semakin relevan dan kian menjadi pilihan utama selepas SPM. Antara aktiviti yang dijalankan dalam merians festival ini juga adalah rumah hantu legend, street food viral, petting zoo, dan funfair yang menarik ramai pengunjung dipelbagai peringkat usia.
Kolaborasi Rakan Strategik ini diharap dapat memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan serta membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk pelajar meneruskan pelajaran ke arah membangun TVET selari dengan keperluan semasa.
