07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 12 Mac 2025 – Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-30 yang disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa dalam suasana penuh harmoni di Tanjung Puteri Golf & Resort.

Mesyuarat tersebut membentangkan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 oleh barisan jawatankuasa kelab yang dipengerusikan oleh En. Mohd Qayyum bin Mohd Khalid selaku Pengerusi KSDK. Mesyuarat turut membuka ruang kepada perbahasan usul serta perkongsian pandangan daripada para ahli, yang melibatkan penyertaan semua staf ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus selaku Penaung Kelab. Sebelum majlis berbuka puasa, acara cabutan bertuah duit raya turut diadakan bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi berbuka puasa yang diadakan di ruang bufet Ramadan yang disediakan oleh pihak resort, dengan pelbagai juadah istimewa yang menyelerakan. Program ini bukan sahaja menjadi platform perbincangan rasmi kelab, malah turut mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai.

Skip to content