07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput menghadiri mesyuarat bersama Johor Talent Development Council (JTDC) yang berlangsung di Pejabat JTDC, Menara IIB pada 2 April 2026.

Mesyuarat ini turut melibatkan pihak industri iaitu DAYONE Data Centre bagi membincangkan peluang kerjasama strategik, khususnya dalam program penempatan pelajar (student placement).

Perbincangan ini memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan hubungan antara institusi latihan dan industri, seterusnya membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada pelajar selaras dengan keperluan semasa industri.

Diharapkan kerjasama ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat demi meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.

Skip to content