ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput menghadiri satu mesyuarat bersama Johor Talent Development Council (JTDC) dan Changqing IT Vocational College (CCTI), People’s Republic of China pada 17 April 2026.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ts. Dr. Azli Amin bin Ahmad Raus, Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai. Pihak CCTI pula diwakili oleh Ms. Yvonne, manakala JTDC diwakili oleh Ketua Penyelaras, En. Hilmy bin Hj Hussain.
Perbincangan tertumpu kepada potensi kolaborasi strategik antara ketiga-tiga pihak, khususnya dalam bidang pembangunan latihan kemahiran, perkongsian kepakaran serta peluang kerjasama antarabangsa. Diharapkan jalinan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan tenaga pengajar dalam meningkatkan kompetensi selaras dengan keperluan industri global.
