Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai bersama pegawai dari JTDC En Shamsul Nizam bin Abdul Rahman telah menghadiri satu mesyuarat bersama Seri Jubilee Engineering Sdn. Bhd. pada 30 Disember 2025.
Delegasi telah disambut oleh Pengarah Urusan syarikat, En. S. Mathavan Nair, PIS. Mesyuarat ini memfokuskan perbincangan berkaitan gaji premium, penempatan pekerjaan, serta peluang latihan Blasting and Painting Technician bagi menyokong pembangunan tenaga kerja mahir industri.
Kolaborasi strategik ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya berkualiti dan meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.
