Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai, Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus telah dijemput oleh YAB Menteri Besar Johor ke kediaman beliau pada 24 April 2026 bagi menghadiri Mesyuarat Bulanan bersama JTDC.
Dalam mesyuarat tersebut, satu pengiktirafan besar telah diberikan apabila ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai secara rasmi dilantik sebagai Sekretariat TVET Negeri Johor. Perlantikan ini telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor.
Pelantikan ini membuktikan kepercayaan dan komitmen berterusan ADTEC dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) di negeri Johor.
Tahniah diucapkan kepada ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai serta Tahniah kepada Tuan Pengarah atas pencapaian dan amanah yang diberikan.
