ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan ADTEC JTM Kampus Senai telah dijemput oleh pihak Strategik Modal Insan Negeri Johor bagi menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Harga untuk Program Pembangunan Latihan Kemahiran Pro Mahir 2026 pada 3 Mac 2026.
ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah diwakili oleh Pn. Norina binti Andang, Penolong Pengarah CESS. Dalam sesi perbincangan tersebut, dua (2) program utama ADTEC PG yang dibentangkan adalah:
-Automotif Zero to Hero
-Blasting & Painting
Program-program ini dirangka khusus untuk meningkatkan kebolehpasaran belia Johor melalui latihan kemahiran intensif, pendedahan industri sebenar serta penempatan pekerjaan selepas tamat latihan. Inisiatif ini memberi peluang kepada belia, termasuk yang kurang berkemampuan dan lepasan sekolah, untuk membina kerjaya dalam sektor automotif dan industri berat.
Usaha ini selaras dengan matlamat memperkasa tenaga mahir tempatan, mengurangkan kadar pengangguran belia serta memenuhi keperluan tenaga kerja industri di Negeri Johor. Semoga kolaborasi strategik ini terus membuka lebih banyak ruang dan peluang pekerjaan kepada belia Johor pada tahun 2026 dan seterusnya.
