07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Institut Tahfiz Kemahiran (INTAKE) Jawahir, di bawah naungan Kumpulan Pendidikan Tahfiz Jawahir, telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Technical Advisory Committee (TAC) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama INTAKE, Parit Raja pada 26 Julai 2025 jam 9.00 pagi tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ts. Dr. Hj Azli Amin Bin Ahmad Raus (Pengarah ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai), selaku Pengerusi TAC INTAKE. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memperkukuh pelaksanaan program tahfiz berteraskan kemahiran teknikal (TVET) sejajar dengan aspirasi melahirkan huffaz berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:

1. Penambahbaikan pengajaran Tahfiz di INTAKE

2. Persiapan Konvokesyen INTAKE Kali Ke-2

3. Laporan terkini berkaitan pengambilan pelajar

4. Persediaan menghadapi penilaian COPTPA

Mesyuarat turut disertai oleh beberapa tokoh akademik dan industri antaranya:

1. Ir. Ikhwan bin Hj Johari

2. Tuan Haji Md Noor bin Ihkasan

3. En. Zolhizam bin Abdullah

4. En. Azamuddin bin Parman

5. Ustaz Muhammad

6. En. Fauzi bin Salleh

7. En. Fuad bin Abdul Gafar

8. Puan Hidayah

Menurut Pengerusi, perbincangan ini penting bagi menyusun strategi pengukuhan kurikulum dan menjamin keberkesanan penyampaian ilmu yang seimbang antara hafazan al-Quran dan kemahiran teknikal. “Kita mahu melahirkan generasi tahfiz profesional yang mampu menyumbang dalam pelbagai sektor industri dengan jati diri Islam yang kukuh,” ujarnya.

Mesyuarat tersebut berakhir dengan beberapa cadangan penambahbaikan dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memastikan kelangsungan visi INTAKE sebagai institusi perintis Tahfiz Kemahiran di Malaysia.

Skip to content