Pegawai CESS ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah menghadiri satu mesyuarat bersama Johor Talent Development Council (JTDC) dan TWI SEA yang berlangsung di Pejabat JTDC, Menara IIB, Iskandar Puteri pada 23 Disember 2025.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pengarah TWI SEA, En. Fauzi, serta wakil JTDC iaitu En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman bersama pegawai-pegawai JTDC. Perbincangan memfokuskan kepada latihan kompetensi kimpalan untuk belia Negeri Johor, bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang layak menerima gaji premium, di samping usaha upskilling kemahiran kimpalan selaras dengan keperluan industri.
