Mesyuarat Sinergi Industri telah diadakan melibatkan kerjasama strategik antara JTDC, ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai dan PERKESO pada 6 April 2026. ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai telah diwakili oleh Ts. Dr. Hj. Azli Amin bin Ahmad Raus bersama Pn. Norina Andang. PERKESO pula diwakili oleh En. Adam Aziz dan En. Fiqrie. Manakala JTDC diwakili oleh Timbalan Ketua Penyelaras JTDC, En. Shamsul Nizam bin Abdul Rahman.
Perbincangan tertumpu kepada perancangan program kolaborasi bersama industri termasuk cadangan penganjuran Lunch on Talk (Synergy Industry) yang dijadualkan pada 6 Mei 2026. Program ini bertujuan memperkukuh jaringan strategik antara institusi latihan dan industri serta membuka lebih banyak peluang penempatan pekerjaan dan pembangunan kerjaya kepada para pelajar. Semoga kerjasama ini terus diperkasa dalam menyokong agenda TVET negara dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
