07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

Pasir Gudang, 25 Mei 2026 – ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah menjadi tuan rumah bagi program JTDC JOB MATCH MYFUTUREJOBS 2026 yang dianjurkan melalui kerjasama strategik antara Johor Talent Development Council (JTDC), PERKESO dan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang.

Program ini menjadi platform strategik yang mempertemukan pihak majikan daripada industri dengan pencari kerja, khususnya graduan TVET dan tenaga mahir di negeri Johor bagi membantu meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpasaran graduan.
Antara pengisian utama program ialah sesi temuduga terbuka bersama majikan industri serta semakan resume bagi membantu pencari kerja mendapatkan panduan dan persediaan yang lebih baik sebelum memasuki alam pekerjaan.

Program ini telah melibatkan seramai 74 orang pencari kerja dengan penyertaan tiga syarikat industri iaitu:
🔹 McNeal Manufacturing Technology
🔹 Wiwynn Technology Service Malaysia
🔹 CP System Integrator Sdn Bhd

Penganjuran program seperti ini dilihat mampu menjadi jambatan penghubung antara institusi latihan kemahiran, industri dan pencari kerja dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri semasa.
Pihak ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama strategik ini dapat diteruskan demi memperkukuhkan pembangunan bakat dan peluang kerjaya kepada graduan TVET pada masa hadapan.

Skip to content