07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

ADTEC Pasir Gudang melalui Jawatankuasa ESG (Projek Baja Kompos) telah mengambil bahagian membuka booth di Karnival CITEC 2026 pada 11 – 12 Februari 2026 (Rabu & Khamis) di ADTEC JTM Kampus Taiping. Sepanjang program berlangsung, booth ESG Kampus Pasir Gudang & Senai telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung, terutamanya pelajar sekolah dan komuniti setempat yang ingin tahu tentang teknologi kelestarian.

Menerusi platform ini, pihak kampus telah membentangkan keberkesanan Projek Baja Kompos sebagai solusi kepada pengurusan sisa makanan di kampus. Inisiatif ini bukan sahaja menumpukan kepada aspek teknikal, malah mendukung matlamat pembangunan lestari yang menjadi teras kepada agenda ESG kampus. Interaksi yang terjalin bersama para pengunjung sepanjang pameran membuktikan bahawa kesedaran terhadap inovasi hijau semakin meningkat. Usaha ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada komuniti untuk mengaplikasikan teknologi mesra alam dalam kehidupan seharian.

Skip to content