8 April 2026 – Pameran kerjaya ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET di ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai., khususnya bagi kemasukan Sesi 2/2026. Puan Punitha a/p Bangaraiyah, selaku Ketua Jabatan Akademik dan Pembangunan Insan bersama 4 orang pelajar telah menyertai program ini.
Sepanjang pameran berlangsung, beberapa aktiviti telah dijalankan, antaranya:
- Hebahan maklumat program pengajian yang ditawarkan
- Sesi penerangan syarat kemasukan dan laluan kerjaya
- Edaran bahan promosi seperti risalah dan borang permohonan
- Sesi soal jawab bersama pegawai dan pelajar
Pameran ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.
Secara keseluruhannya, pameran kerjaya ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan memberi impak positif dalam mempromosikan ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang & Senai kepada bakal pelajar.
