07-2544170 , Fax: 07-2511910 adtecjtmpg@jtm.gov.my

11 Disember 2025 l Persada Johor ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang dan Senai telah dijemput bersama-sama dengan agensi KESUMA yang lain untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Profesion Teknikal Negara 2025 anjuran Jabatan Kerja Raya sebagai pempamer di Persada Johor. Sambutan selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia bersama Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang telah hadir sebagai pempamer bagi mewakili Jabatan Tenaga Manusia bersama pegawai dari Kampus Batu Pahat dan Tangkak. YBrs Tuan Pengarah Kampus Pasir Gudang, Ts Dr Hj Azli Amin bin Ahmad Raus juga turut hadir sama ke program ini bersama Timbalan beliau Ts Eza binti Monzaid.

Dianggarkan sejumlah 300 pengunjung dari kalangan pelajar sekolah, pelajar IPT, agensi kerajaan, industri dan orang awam telah hadir ke reruai JTM yang rata2 teruja mencuba peralatan VR Kimpalan yang dibawa di reruai pameran selain meninjau produk-produk CNC dan IPD yang dipamerkan. YB Datuk Dr Ahmad Maslan juga meluangkan masa meninjau ke reruai JTM dan KESUMA.

Diharap pameran ini berjaya mencapai matlamat penganjuran dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat serta menjadi pemangkin kepada minat masyarakat, khususnya golongan muda, untuk menceburi bidang teknikal dan kemahiran sebagai laluan kerjaya masa hadapan.

Skip to content